Selasa, 31 Julai 2012

Tahajud


"...Tahajud menguatkan hubungan makhluk dengan Penciptanya, dimana ia memerlukan kesungguhan diri, keikhlasan hati dan pengorbanan jiwa untuk melaksanakannya. Malah ia juga tanda kecintaan yang sebenar kita kepada Allah Ta'ala.."

Sesungguhnya ia mampu mewujudkan kedamaian dikala keresahan, ketenteraman dikala kegelisahan, kegembiraan dikala kesedihan, kebahagiaan dikala penderitaan.. Kerana dikala itu, hanya rintihan dan pengaduan diantara seorang hamba dengan Tuhannya, yang tiada tabir diantara kedua-duanya..

Carilah kekuatan hati melalui hubungan jiwa dengan Ilahi, agar hati kembali suci dan murni dari penyakit rohani..

"Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."[Al-Isra' ayat 79]

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w, "Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa." [Riwayat At-Tarmizi]

Fudail bin Iyad telah berkata:
"...Apabila kamu tidak mampu untuk qiamullail dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan..."

Sukanya Saya Tengok Ikan Ni..

Cantikkan ikan ni..kadang-kadang terfikir jugak nak jadi seperti ikan-ikan ni.. bebas berenang di air tanpa memikirkan apa-apa..Berenang mengikut kemana sahaja ombak nak bawa...Berenang secara berkumpulan dan hati rasa tak pernah sunyi..Kalau manusia ni punya perasaan, apabila segalanya tak lagi dihargai, diri terasa sepi..Dalam keadaan tertekan, diri mulalah nak mencari ketenagan..Ketenangan yang boleh mengisi segala kekosongan yang ada dalam diri..Setiap apa aku ingin mencari kepastiannya..Dalam resah dalam gelisah dan dalam kekecewaan yang dirasai..Saya kembali mengingati Pencipta Yang Abadi.. Apakah segala dugaan Nya terlalu pahit untuk saya hadapi..Apakah hikmah disebalik segala kejadian ini??

Rabu, 18 April 2012

Adab-Adab Berdoa


Berdoa bermaksud kita memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. Setiap umat Islam haruslah berdoa kerana dalam kehidupan ini segala urusan kita di dunia bergantung kepada Allah Yang Maha Esa. Sama ada doa itu diperkenankan atau tidak semuanya ditentukan oleh Nya. Berdoa juga mempunyai adab-adabnya. Antaranya ialah mengadap Kiblat, memilih masa yang afdal, memilih tempat yang afdal, suci daripada sebarang hadas, berdoa dalam keadaan khusyuk dan memulakan dan mengakhiri dengan memuji Allah s.w.t dan selawat ke atas Nabi..